Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia
                                    Kelantan Darulnaim
                                     
                                    Institusi Dalam Taman
                                     
                                    Selain dari sistem pendidikan dan pembelajaran perubatan homeopati dan komplementari
                                    yang baik, kecemerlangan sessebuah Institusi itu turut diukur daripada persekitarannya yang bersih dan indah. Justeru itu
                                    kolej kami, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia - FAHOM, Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur- RIMAc, Jabatan Pengajian
                                    Perubatan Melayu-JPPM, adalah satu-satunya kolej homeopati dan perubatan komplementari yang terbaik di Malaysia, telah diasaskan
                                    oleh Prof Dr Sir Nik Omar bin Nik Daud pada 10hb April, 1979 di Negeri Che Siti Wan Kembang.
                                     
                                      Negeri Puteri Saadong, Kelantan Darulnaim pula dipilih sebagai kampus utama Pengajian
                                    Perubatan Homeopati dan Komplementari kerana sesuai dengan keadaan persekiatarannya yang menjuruskan kearah perubatan holistik
                                    atau mesra alam.
                                     
                                     Apa lagi Negeri Kelantan Darulnaim masih lagi mengekalkan identitinya sebagai
                                    sebuah negeri yang masih tebal dengan amalan seni budaya dan warisan Melayu yang unggul.
                                     
                                    Kolej & Hospital Dalam Kampong
                                     
                                    Yang menarik di Kolej & Hospital Homeopati ini ialah kedudukan persekitarannya yang
                                    melaksanakan konsep alam semulajadi atau mesra kampong iaitu kolej dan pusat rawatan yang berada dalam taman yang dikelilingi
                                    oleh rimbunan hutan renek dan sawah padi yang terbentang luas.
                                     
                                    Sesiapa yang mengunjungi kolej ini akan terpukau dan terpesona melihat alam sekelilingnya
                                    yang cantik dan menarik, seolah-olah anda berada didalam hutan yang tenang.  Disekeliling kawasan kolej dipenuhi dengan
                                    berbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan seperti langsat, duku, durian, rambutan, rambai, manggis dan sebagainya
                                    yang memberi sokongan menceriakan seusana kolej dalam kampong yang nyaman dan sunyi.
                                     
                                    Burung-Burung dan Pepatong
                                     
                                    Satu lagi tarikan yang unit pada kolej dan pusat perubatan homeopati Nik Omar ini ialah
                                    kicauan berbagai spesis burung-burung kampong yang bersiul hampir setiap waktu, terutama diwaktu pagi dan senja.
                                    Jika anda ingin melihat 'pepatong' atau dragon fly, nah ! didalam kawasan kolej ini
                                    terdapat beratus-ratus pepatong berterbangan riang didalam kawasan kolej dengan bebas dan aman.
                                     Pada pendapat saya anda tidak akan ketemu lagi satu pusat perubatan yang penuh
                                    dengan berbagai spesis burung dan pepatong yang cukup menarik untuk dihayati, melainkan hanya disini.
                                     
                                    Rama-rama dan unggas bermain diranting-ranting dan bunga disekitar taman. Namun jika
                                    anda bernasib baik, anda akan ketemu dengan tupai, biawak dan musang yang agak mustahil anda akan temui dikota-kota besar
                                    seperti di Kuala Lumpur, Ipoh atau Singapore.
                                     
                                    Dimusim buah-buahan, sekitar bulan July, Ogos dan september anda akan dapati Musim Buah-Buahan
                                    di Kelantan, maka disekitar kolej ini anda akan dapat buah-bauahan kampong dengan mudah dan harga murah.
                                     
                                    Pendik kata terjadinya kondisi seumpama ini tidalkah dirancang kerana semuanya terjadi
                                    secara kebetulan, ini sudah cukup membuktikan betapa mesranya alam sekeliling dengan pusat perubatan ini.
                                     
                                    Chalet dan Taman D'Village
                                     
                                    Ditepi-tepi sudut bahagian belakang Pusat perubatan dan Dewan Kuliah anda akan ketemu
                                    dengan chalet-chalet berbentuk 'A' untuk kemudahan pesakit dan pelawat yang mahu tinggal disini ala homestay.
                                    4 biji kolam ikan air tawar disedia untuk para pengunjung untuk melakukan riadah memancing
                                    sambil berihat.
                                    Satu taman ala Cafe House terbuka dikenali sebagai "Taman D'Village' disediakan untuk
                                    para tetamu menjamu selera khusunya diwaktu tertentu seperti seminar atau konferen.
                                     
                                    Jika anda seorang peminat burung, sila berkunjung kebelakang kolej kami dimana beribu-ribu
                                    ekar sawah padi menunggu anda untuk diteroki. Disana terdapat beratus-ratus burong dari berbagai spesis seperti burong pucong,
                                    punai, awak-awak, ayamman, dll terdapat dikawasan sawah padi untuk mencuri padi-padi orang kampong.
                                     
                                    Fakulti Perubatan Homeopati dan Pusat Perubatan Homeopati kami memang sesuai dijadikan
                                    satu simbol kebangaan ahli-ahli homeopati di malaysia kerana keunikannya serta daya tarikannya tersendiri.
                                     
                                    Wallahualam - Prof Dr Nik Omar