Make your own free website on Tripod.com
taman
Home
Bio-Data Kolej
Our Garden

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Kelantan
Institusi Dalam Taman
Selamat Datang Ke Kelantan Darulnaim

Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia
Kelantan Darulnaim
 
Institusi Dalam Taman
 
Selain dari sistem pendidikan dan pembelajaran perubatan homeopati dan komplementari yang baik, kecemerlangan sessebuah Institusi itu turut diukur daripada persekitarannya yang bersih dan indah. Justeru itu kolej kami, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia - FAHOM, Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur- RIMAc, Jabatan Pengajian Perubatan Melayu-JPPM, adalah satu-satunya kolej homeopati dan perubatan komplementari yang terbaik di Malaysia, telah diasaskan oleh Prof Dr Sir Nik Omar bin Nik Daud pada 10hb April, 1979 di Negeri Che Siti Wan Kembang.
 
  Negeri Puteri Saadong, Kelantan Darulnaim pula dipilih sebagai kampus utama Pengajian Perubatan Homeopati dan Komplementari kerana sesuai dengan keadaan persekiatarannya yang menjuruskan kearah perubatan holistik atau mesra alam.
 
 Apa lagi Negeri Kelantan Darulnaim masih lagi mengekalkan identitinya sebagai sebuah negeri yang masih tebal dengan amalan seni budaya dan warisan Melayu yang unggul.
 
Kolej & Hospital Dalam Kampong
 
Yang menarik di Kolej & Hospital Homeopati ini ialah kedudukan persekitarannya yang melaksanakan konsep alam semulajadi atau mesra kampong iaitu kolej dan pusat rawatan yang berada dalam taman yang dikelilingi oleh rimbunan hutan renek dan sawah padi yang terbentang luas.
 
Sesiapa yang mengunjungi kolej ini akan terpukau dan terpesona melihat alam sekelilingnya yang cantik dan menarik, seolah-olah anda berada didalam hutan yang tenang.  Disekeliling kawasan kolej dipenuhi dengan berbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan seperti langsat, duku, durian, rambutan, rambai, manggis dan sebagainya yang memberi sokongan menceriakan seusana kolej dalam kampong yang nyaman dan sunyi.
 
Burung-Burung dan Pepatong
 
Satu lagi tarikan yang unit pada kolej dan pusat perubatan homeopati Nik Omar ini ialah kicauan berbagai spesis burung-burung kampong yang bersiul hampir setiap waktu, terutama diwaktu pagi dan senja.
Jika anda ingin melihat 'pepatong' atau dragon fly, nah ! didalam kawasan kolej ini terdapat beratus-ratus pepatong berterbangan riang didalam kawasan kolej dengan bebas dan aman.
 Pada pendapat saya anda tidak akan ketemu lagi satu pusat perubatan yang penuh dengan berbagai spesis burung dan pepatong yang cukup menarik untuk dihayati, melainkan hanya disini.
 
Rama-rama dan unggas bermain diranting-ranting dan bunga disekitar taman. Namun jika anda bernasib baik, anda akan ketemu dengan tupai, biawak dan musang yang agak mustahil anda akan temui dikota-kota besar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh atau Singapore.
 
Dimusim buah-buahan, sekitar bulan July, Ogos dan september anda akan dapati Musim Buah-Buahan di Kelantan, maka disekitar kolej ini anda akan dapat buah-bauahan kampong dengan mudah dan harga murah.
 
Pendik kata terjadinya kondisi seumpama ini tidalkah dirancang kerana semuanya terjadi secara kebetulan, ini sudah cukup membuktikan betapa mesranya alam sekeliling dengan pusat perubatan ini.
 
Chalet dan Taman D'Village
 
Ditepi-tepi sudut bahagian belakang Pusat perubatan dan Dewan Kuliah anda akan ketemu dengan chalet-chalet berbentuk 'A' untuk kemudahan pesakit dan pelawat yang mahu tinggal disini ala homestay.
4 biji kolam ikan air tawar disedia untuk para pengunjung untuk melakukan riadah memancing sambil berihat.
Satu taman ala Cafe House terbuka dikenali sebagai "Taman D'Village' disediakan untuk para tetamu menjamu selera khusunya diwaktu tertentu seperti seminar atau konferen.
 
Jika anda seorang peminat burung, sila berkunjung kebelakang kolej kami dimana beribu-ribu ekar sawah padi menunggu anda untuk diteroki. Disana terdapat beratus-ratus burong dari berbagai spesis seperti burong pucong, punai, awak-awak, ayamman, dll terdapat dikawasan sawah padi untuk mencuri padi-padi orang kampong.
 
Fakulti Perubatan Homeopati dan Pusat Perubatan Homeopati kami memang sesuai dijadikan satu simbol kebangaan ahli-ahli homeopati di malaysia kerana keunikannya serta daya tarikannya tersendiri.
 
Wallahualam - Prof Dr Nik Omar
 

 

Dipetik dari: Unit Pendidikan Kesihatan & Penerangan,
Ibu Pejabat Homeopathy Malaysia.
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
Kg Gelang mas, Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 09-797 6948
atau Direct Line 019-9401915

 

Instutusi Dalam Taman
campus.jpg
Fakulti Homeopathy Malaysia, Kelantan Darulnaim

Jika anda perlu apa-apa maklumat lanjut sila hubungi laman web kami yang besar;   http://drnikomar.tripod.com
 
atau Ibu Pejabat kami di Kuala Lumpur HQ
 
Homeopathic & Acupuncture Centre
No.118-1st Fl. Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur. Tel: 03-4042 2020
 
[ We are just 10 minutes walk from Jalan Raja Laut City Hotel, Old Town Kopitian, Public/ CIMB Bank. 6 shop lots from KFC 24 hrs or Hong Leong Bank ]